Jumaat, 2 Disember 2011

Perhimpunan Agung Umno 2011 Wakil Pulau Pinang


Ucapan Perwakilan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir







Ucapan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin



Rabu, 30 November 2011

Tragedi Highland Tower 11 Disember 1993

Assalamualaikum

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.
















Demonstrasi di P.Pinang desak ADUN Komtar dipecat

Assalamualaikum



GEORGETOWN 30 Nov. — Seramai 300 orang daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menganjurkan satu demonstrasi bagi mendesak supaya Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Komtar, Ng Wei Aik daripada DAP, dipecat kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat.

Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Hotel Oriental bermula 12.30 tengah hari sebelum berhimpun di Komtar untuk menyerahkan memorandum itu kepada wakil kerajaan negeri.

Memorandum itu turut menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang supaya lebih fokus dalam menyelesaikan permasalahan rakyat dan bersikap rasional dalam setiap tindakan yang diambil.

Antara NGO yang terlibat adalah Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) dan Suara Anak-anak Malaysia.

Pengerusi Perkasa Daerah Timur Laut, Mohd. Rizuad Mohd Azudin kemudiannya menyerahkan memorandum itu kepada Pembantu Penerangan di Pejabat Ketua Menteri, Zuliana Aziz.

"Jika kerajaan DAP memerintah dengan adil kami tidak akan buat begini (demonstrasi). Sebagai Adun pula, Ng sepatutnya memelihara kepentingan rakyat bukannya menindas,” katanya.

Wei Aik, yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri, Lim Guan Eng, didakwa melemparkan kata-kata kesat terhadap dua mangsa kebakaran di Jalan Gurdwara di sini dalam kejadian 22 Nov. lepas selain pernah dikecam kerana bertindak kasar dalam satu operasi di sebuah restoran nasi kandar di Gat Lebuh Maccalum sebelum ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt. Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, sembilan orang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut. — Bernama

Sabtu, 26 November 2011

Adakah Harimau Kumbang Akan Terus Mengaum ??


Assalamualaikum

Mungkin ramai peminat Pasukan Harimau Kumbang belum mengetahui status pasukan kesayangan mereka di Liga Fam pada tahun 2012 yang telah pun di swastakan kepada satu kolej tempatan untuk menguruskan pasukan harimau kumbang bagi musim 2012/13 dalam Liga Fam..

Suntikkan dana sebanyak 4 juta kepada Pasukan yang akan di selia oleh Aucms sendiri dimana Fap hanya akan menguruskan pasukkan Piala Presiden bawah 23 tahun sahaja.. hal ini disebabkan masalah kewangan yang sering membelenggu pasukkan Harimau Kumbang ini.. Dimana tiada sokongan kewangan daripada Kerajaan 'Negeri' disebabkan kemelut dalaman antara FAP dan Kerajaan negeri yg dipimpin oleh Dap..

Kurangnya Profesional daripada Kerajaan Negeri amatlah mendukacitakan Penyokong Harimau Kumbang yang ingin melihat pasukan ini melaungkan ngauman nya di stadium keramat Stadium Bandarraya.. Malah amat jelik apabila kerajaan negeri ingin pula menubuhkan pasukkan baru iaitu PBA FC..


Kemanakah Haluannya pasukan2 daripada Negeri Pulau Pinang setelah kewujudan USM FC, SDM PULAU PINANG, dan Kini PBA FC.. Adakah perkabaran baik atau sebaliknya??.. Jika diikutkan pengalaman bekas Couch Pulau Pinang Ahmad Yusuf sukar untuk memilih pemain jika terlalu banyak pasukan dibawah 1 negeri.. seperti yang telah berlaku satu ketika dahulu kepada pasukan2 dari lembah klang..

Walaubagaimana pun sesi pembentukkan pasukan ini dalam keadaan siap sedia apabila pemilihan pemain telah dibuat dan senarai akhir akan dikeluarkan sebelum 30 November 2011 yang mana tarikh tutup pendaftaran pemain pada 8 disember 2011..



Pasuka
n ini juga dikhabarkan hampir pasti mendapatkan khidmat bekas penyerang Nigeria, Kedah dan Terengganu PETER NIEKETEN untuk mengemudi cabaran Pulau Pinang dalam liga Fam.. malah di barisan penyerang juga gandingan Hasmawi Hassan dan Khalid Jamlus juga dicuba..

Pihak Aucms juga bakal menandatangani perjanjian persefahaman antara Aucms dan SMK GUAR PERAHU sebagai sekolah angkat dalam pembangunan bola sepak Remaja Pulau Pinang..

Di Akhir kata Semoga Penang Aucms akan terus melangkah maju bagi memartabatkan Pasukan Bolasepak di Pulau Pinang.. amin..

Salam Maal Hijrah 1433H


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Helaian cebisan kenangan 1432 H sudah menjadi lipatan sejarah. Kini, 1433 H tiba dengan kisah baru yang penuh mencabar. Moga segala amalan kita ditahun lalu diterima oleh Allah dan diganjari dengan sebaik-baik balasan, disamping kita bermuhasabah dengan setiap kekurangan pada amalan dan tindakan kita. Saban tahun, ungkapan “Al-Hijrah” pasti mengingatkan kita kepada sirah yang paling agung dalam lembaran Islam. Namun, sejauh mana pengertian Hijrah, dan segala pengajaran serta manfaat daripada peristiwa tersebut menyerap sebati dalam diri kita? Adakah ungkapan keazaman hanya menjadi adat dan retorik di awal tahun sahaja?

Ayuh kita teliti sejenak, beberapa pengajaran yang boleh kita peroleh daripada peristiwa Hijrah yang boleh dijadikan bekalan untuk kita menempuh perjalan kehidupan kita selama setahun ini.

1) Keikhlasan. Peristiwa Hijrah mengingatkan kita tentang kepentingan keikhlasan dalam melaksanakan setiap pekerjaan dalam kehidupan kita. Hanya semata-mata mengharap keredhaan Allah.

“Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kita dapat saksikan objektif penghijrahan Rasulullah dan para sahabat cukup jelas. Mereka sanggup meninggalkan keluarga,anak-anak,harta-harta dan kesenangan mereka di belakang demi mengejar satu cita-cita yang lebih besar untuk Islam. Mereka membebaskan diri mereka daripada keterikatan kepada nilai kebendaan dan materialistik yang bersifat sementara demi mengejar ganjaran Ilahi. Mereka mendahulukan urusan akidah daripada segalanya.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik ”

(At-Taubah, 24)

2) Pengorbanan dan perjuangan. Telitilah perjuangan kaum Muhajirin sebelum Hijrah, mereka tergolong dalam golongan yang hebat diuji agamanya, disiksa dan dicengkam Musyrikin Quraisy. Hanya untuk mempertahankan Islam. Mereka kemudiannya berhijrah, membuat satu pengorbanan yang sangat besar, meninggalkan kampung halaman mereka buat sementara untuk membangunkan tapak kepada sebuah ketamadunan Islam sebagai satu strategi untuk meluaskan dakwah Islam. Dan,jangan pula kita menafikan pengorbanan kaum Ansar, yang sanggup mengorbankan segala-galanya untuk membantu dan meringankan bebanan sahabat kaum Muhajirin.

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman jiwa dan harta benda mereka dengan (balasan) mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”

3) Ukhuwwah. Peristiwa hijrah juga menunjukkan kepada kita tentang kepentingan nilai persaudaraan dan ukhuwwah sehinggakan menjangkau batas kekeluargaan. Melihat akan kepentingan ini,antara perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, ialah mempersaudarakan kaum muhajirin dan ansar. Nilai inilah sebenarnya yang menjamin kelangsungan dakwah, kekuatan umat dan menggerunkan musuh-musuh Islam. Kita juga dapat menyaksikan setinggi-tinggi nilai ukhuwwah dalam peristiwa hijrah ini,iaitu Al-Ithar (mengutamakan orang lain) menerusi tauladan yang ditunjukkan Kaum Ansar walaupun mereka baru sahaja bertemu dengan golongan Muhajirin.

“Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya”

(AlHasyr : 9)

4) Ikatan Rabbaniyah. Satu elemen yang sering dilupakan oleh kebanyakan orang ramai, setelah berusaha, ialah nilai tawakal. Mudah disebut, namun, hakikat pelaksanaannya sungguh sukar. Tawakal memerlukan hubungan yang erat dengan Allah. Sentiasa merasai kewujudan-Nya walau dimana jua kita berada. Lihatlah bagaimana Rasulullah menenangkan sahabat karib beliau, Saidina Abu Bakar ketika bersembunyi didalam Gua Thur, sedang musuh-musuh Islam sudah hampir menemui mereka. Peristiwa ini diungkapkan didalam Al-quran dan menjadi saksi bahawa Allah senantiasa berada di hati junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.

“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya.”

( Attaubah : 40)

Saudara saudari yang dirahmati Allah,

Melihat situasi terkini di Malaysia, sememangnya, masyarakat kini berhadpaan dengan satu suasana yang sangat membimbangkan. Pelbagai ancaman dicatur secara teliti oleh musuh-musuh Islam yang sememangnya tidak mahu melihat Islam tertegak diatas muka bumi. Mereka berusaha sehabis mungkin untuk menjauhkan keperibadian muslim dalam sosok peribadi orang islam, mereka ingin melemahkan pemahaman Islam di kalangan penganut agama Islam. Mereka tidak akan pernah rela akan tertegaknya tamadun Islam! Serangan-serangan arus pemikiran dan ideology yang merosak, hiburan-hiburan melampau, keinginan-keinginan peribadi yang hanya mengikut hawa nafsu, perpecahan umat dan bangsa, semuanya telah diatur dengan perancangan yang sangat rapi dan akhirnya kini, ia kian meresap sebati dalam masyarakat kita. Mereka seolah-olah sedang menonton plot-plot cerita yang sedang berjalan seperti yang dirancangkan.

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)”

(Al Baqarah : 120)

Oleh sebab itu, saudara saudari sekalian.

Keperibadian dan keutuhan jatidiri merupakan aspek yang penting dalam mengharungi cabaran dan kepincangan yang sedang melanda kita hari ini. Kita perlu hayati dengan sepenuh jiwa dan raga,segala intipati dan manfaat daripada peristiwa hijrah, yang sekurang-kurangnya mampu melindung kita daripada tersimpang jauh tersasar dari landasan kebenaran. Perkuatkan kefahaman aqidah dan agama kita, jauhi perkara-perkara yang menjadi perselisihan antara kita. Disinilah akan teruji nilai ukhuwwah sesama umat Islam. Terlalu banyak tugas kita dalam memberikan kesedaran untuk mengembalikan masyarakat ke landasan yang lurus. Kita tidak mempunyai banyak masa. Lakukan perubahan bermula dengan diri sendiri. Latihlah diri untuk melazimi segala tuntutan-tuntutan Allah dan Rasulnya. Hanya nilai taqwa yang akan membezakan neraca pandangan Allah terhadap hambanya.Cukuplah Allah bagi kita sebagai teman dalam perjuangan membangunkan umat ini.

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.


“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”

(Ar-Ra’ad : 11)

Isnin, 1 Ogos 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan


” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”

Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”

Ikhlas daripada
Jkkkp Kampung Pelet dan Kampung Petani

Sabtu, 25 Jun 2011

Lawatan Biro Kebajikan Wanita Umno Kg Pelet


Beberapa gambar menarik yang sempat dirakam semasa ke Nilai dan RTM... semoga dengan adanya lawatan ini, pihak penganjur berharap agar wakil rombongan dapat sedikit pengalaman dan pengetahuan dalam dunia penyiaran...


Aksi para rombongan memilih kain di NILAI


Perjalanan menuju ke stadio RTM


wakil rombongan sedang mengisi tempat duduk di stadio RTM...



Wakil rombongan bergambar bersama Nash dan Zamzarina di ANGKASAPURI RTM KL


Ribuan terima kasih kepada pihak BIRO KEBAJIKAN WANITA UMNO KG PELET kerana berjaya menganjurkan aktiviti ini dan dapat mengeratkan silaturrahim diantara penduduk kampung...

Kepada wakil rombongan diharapkan dapat menambahkan pengetahuan semasa menyertai lawatan ini...

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada jurugambar kerana berjaya merakamkan kenangan manis semasa menyertai lawatan ini... Dan tak lupa juga kepada Pengerusi JKKKP KG PELET & KG PETANI, KETUA PEMUDA PERMATANG PAUH serta KETUA PENYELARAS DUN PENANTI kerana sumbangan yang diberi kepada kami...

JASA ANDA SEMUA AKAN DIKENANG...
sekian Terima Kasih

LAWATAN BIRO KEBAJIKAN WANITA UMNO KG PELET KE NILAI DAN RTM
19 JUN 2011....

Selasa, 19 April 2011

KEBAKARAN Rumah Penduduk Kampung

lebih kurang jam 5 petang pada kemarin (18/04/2011) sebuah rumah penduduk Kampung Pelet telah mengalami kebakaran.. kebakaran ini memusnahkan 95% bahagian rumah akibat dijilat api.. kemusnahan harta benda dijangka mencecah ribuan ringgit..

berikut ialah gambar-gambar di tempat kejadian

pihak bomba sedang sibuk memadamkan kebakaran yang berlaku

kelihatan rumah yang hanya tinggal bahagian dinding hadapan rumah sahaja akibat dijilat api terlalu pantas dengan bantuan angin
sebanyak 5 hingga 6 jentera bomba diarahkan memadamkan kebakaran termasuklah dari bomba raja uda dan juru

kelihatan orang ramai melihat kebakaran dan wakil JKKKP kampung sedang mendapatkan mangsa atas arahan pihak BOMBA. api juga nyaris membakar rumah yang bersebelahan..

wakil JKKKP Kampung Pelet & Kampung Petani sedang berbincang bagi membantu mangsa kebakaran dan bagi mendapatkan bantuan susulan..

pihak JKKKP Kampung berjaya mendapatkan rumah sementara bagi mangsa untuk tujuan penginapan dan penduduk kampung memberikan sumbangan2 seperti tilam , bantal dan beras.. pihak JKKKP juga sedang merancang untuk menyumbang keperluan seperti periuk nasi , gas dan sebagainya..

sehubungan dengan itu jika terdapat pihak yang ingin membantu mangsa bolehlah menyumbangkan sedikit bantuan bagi meringankan bebanan kepada mangsa melalui JKKKP Kampung Pelet & Kampung Petani

" KATA DIKOTA JANJI DILAKSANA"

sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi JKKKP
terima kasih

Rombongan Anjuran JKKKP ke Pantai Timur

Gambar - gambar menarik yang diambil oleh jurugambar semasa lawatan ke beberapa negeri di sebelah pantai timur.. semoga dengan adanya lawatan ini hubungan silaturrahim antara penduduk kampung dapat dieratkan lagi

melawat noor arfa

pihak rombongan sedang asyik melihat hasil batik anak tempatan

suasana tawar menawar wakil rombongan dengan penjual

melawat masjid kristal yang tersergam indah yang menjadi tarikan kepada pengunjung dalam mahupun luar negara dan menjadi kebanggaan rakyat Terengganu

menaiki bot untuk melihat sekeliling masjid kristal

menjamu selera di tempat penginapan yang disediakan oleh pihak penganjur

gambar kenangan semasa di terenganu bersama wakil tempat penginapan di terengganu

pihak wanita juga turut bergambar bersama - sama

setinggi - tinggi penghargaan kepada pihak penganjur JKKKP Kampung Pelet dan Kampung Petani kerana berjaya menganjurkan aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung.. kepada wakil rombongan diharap dapat menambahkan ilmu dan manfaat semasa menyertai rombongan ini..

sekalung tahniah kepada jurugambar kerana berjaya merakamkan kenangan-kenangan manis penduduk kampung yang menyertai rombongan ini..

sekian

Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga


Sabtu, 12 Mac 2011

NGO Melayu berhimpun bantah pentadbiran


NGO Melayu berhimpun bantah pentadbiran Guang Eng

PULAU PINANG 12 Mac - kira-kira 200 orang berhimpun di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Mereka yang terdiri daripada anggota-anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu berkumpul sejak pukul 3 petang dengan membawa kain rentang sambil melaungkan kekecewaan dan kemarahan.Utusan

- sumber pisau.net -

~ klik sini ~

Khamis, 3 Mac 2011

~ TAZKIRAH - APABILA IBADAH HILANG MANISNYA

Ibadah adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah, baik ibadah-ibadah khusus yang mempunyai aturan-aturan tertentu yang telah digariskan mahupun ibadah-ibadah umum yang lebih luas dan subjektif. Selagi mana sesuatu kebaikan itu dilakukan kerana Allah dan tidak bertentang dengan aturan Allah, maka ia termasuk dalam ibadah.

Firman Allah yang bermaksud :

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (beribadah) kepada-Ku."

(Adz-Dzaariyaat: 56)

Ibadah, baik yang wajib mahupun sunat, seharusnya dapat membawa seseorang merasa lebih nikmat dan indah dalam hidup ini. Setiap kali masuk ke dalam solat, hatinya merasa sungguh tenteram bersama Tuhannya. Apabila keluar daripada solat, hatinya selalu rindu untuk menghadapNya lagi. Tatkala kalam Ilahi dilantunkan, hatinya luluh sehingga mengalirlah butir-butir air daripada pelupuk matanya. Bahkan apabila bibirnya sendiri membaca Al-Quran, hatinya semakin teguh untuk melangkah dalam kehidupan. Itu belum bercerita tentang hal keadaan hamba yang begitu asyik merintih dan memohon rahmat Tuhannya di balik tirai malam. Semuanya terasa begitu mententeramkan, sepatutnya.

Namun, adakah kita sentiasa merasakan segala keindahannya ketika kita sendiri melakukan ibadah-ibadah tersebut dan ibadah-ibadah lain juga? Sejahat-jahat manusia, pasti tetap merindukan ketenangan yang hanya boleh dikecap apabila dia kembali kepada Tuhannya. Sebaik-baik manusia, pasti sesekali merasa malas untuk beribadah kerana hilang asyiknya. Persoalannya, bagaimana kemanisan tersebut boleh lenyap dan bagaimana kita boleh mengecap kemanisannya?

Persoalan khusyuk dalam solat adalah sebuah persoalan yang sangat utama dalam kehidupan. Apabila kita dapat mengecap nikmat khusyuk dalam ibadah terbaik tersebut, pastinya kita bakal memperoleh ketenangan yang luar biasa di luar solat. Kita akan belajar untuk khusyuk menyembah Allah dalam segenap aspek kehidupan. Saya pernah bertanya kepada seorang pensyarah, Dr. Ibrahim Shogar di UIAM Kuantan tentang bagaimana untuk khusyuk. Katanya,"It is very difficult for you to achieve khusyuk at this age of yours (20-an) when you have so much to think and to achieve. What you have to do is keep trying". Memikirkan kembali kata-katanya, ada betulnya. Namun, sudahkah we keep trying?

Ke Mana Hilangnya Kemanisan Tersebut?

Saya ingin menyebut tentang khusyuk yang lebih umum dalam segenap bentuk ibadah. Kecerahan siang itu semakin kelam kerana bertandangnya malam. Kedinginan malam semakin hilang apabila terbitnya mentari yang memanaskan. Cerahnya siang itu berbeza sama sekali dengan gelapnya malam. Begitu juga ibadah, manisnya hilang bersama nikmatnya maksiat. Nikmat maksiat menenggelamkan rasa manisnya ibadah.

Maksiat. Perbuatan curang seorang hamba terhadap Tuhannya. Tak mungkin maksiat dilakukan kerana Allah kerana ia sememangnya adalah sebuah larangan. Apabila ia dilakukan ganti berganti dengan ibadah, pastilah manis ibadah yang menjadi korban kerana tarikan dan nikmatnya maksiat itu lebih kuat. Khusyuknya solat hilang bersama pandangan syahwat yang dilayangkan pada lawan jenis yang bukan mahram. Indahnya kalam Ilahi tak terasa apabila jiwa sentiasa dipenuhi kata-kata cinta makhlukNya, apatah lagi yang belum halal. Malam terasa begitu sejuk untuk bertahajjud kerana tidurnya dalam murka setelah bermaksiat.

Apabila hati tercemar sedikit demi sedikit dengan maksiat, nikmat ibadah pun hilang. Lama-kelamaan, ibadah itu sendiri ditinggalkan. Bertambahlah maksiat kerana meninggalkan suruhanNya. Maksiat itu pasti meninggalkan bekas dalam hati. Sekalipun kita telah berhenti melakukannya, tetap juga kesannya terasa sangat dahsyat. Kesan-kesan dan bekas-bekas yang ditinggalkan inilah yang menyebabkan hati kita sentiasa meronta-ronta untuk kembali melakukannya. Kesan-kesan dan bekas-bekas ini juga yang menjadi hijab kepada rasa nikmatnya beribadah. Paku yang tertancap di tiang boleh dicabut, namun lubang dan kesan karatnya tetap tinggal berbekas.

Kembalikan Kemanisannya

Kembalikan rasa nikmat beribadah itu secepat mungkin, sebelum nikmatnya maksiat itu menghalang kita untuk terus beribadah dan mungkin akan terus berpaling daripada Allah. Ketika itu, kita akan menjadi hamba yang rugi serugi-ruginya. Ketika kita berpaling, maka Allah tidak pernah rugi. Lebih malang jika Dia terus membiarkan kita tersesat tak jumpa jalan kembali.

Jujurlah dalam menilai dirimu. Akuilah segala maksiat yang telah kita lakukan. Tak perlu diceritakan kepada orang lain. Cukuplah kita mengingatkan hati agar membenci segala kemaksiatan dan berusaha untuk mengembalikan kemanisan ibadah. Setelah kita dapat mengenal pasti kecurangan kita, berusahalah untuk meninggalkannya dengan bersungguh-sungguh. Berdoalah agar Allah membantu kita untuk terus taat kepadaNya. Rasulullah mengajarkan doa selepas solat dalam sebuah hadith:

Daripada Muaz bin Jabal RA, beliau berkata: Rasullullah SAW mengambil (memegang) tanganku pada suatu hari lalu berkata: "Wahai Muaz! Demi Allah, sesungguhnya aku mengasihi engkau." Muaz berkata: "Aku sanggup menebus diri engkau dengan ayah dan ibuku wahai Rasullullah SAW; dan demi Allah, aku juga mengasihi engkau." Maka Rasullullah SAW berkata: "Aku berwasiat kepada kamu janganlah kamu meninggalkan pada setiap kali selesai solat untuk mengatakan: "Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu".

( Riwayat Abu Daud dan al-Nasa'i )

Doa yang diajarkan baginda ringkas namun membawa maksud mendalam daripada sudut pengharapan seorang hamba kepada Tuhannya. Mengharap agar Allah tidak membiarkan kita terkapai-kapai dalam menempuh perjalanan menujuNya, dalam melakukan ibadah, berzikir dan bersyukur kepadaNya. Sungguh indah doa ini, marilah kita sama-sama amalkannya. Berikut lafaznya dalam bahasa Arab:

اللّهمّ أعنّي على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك

( Allahumma A'innii 'Alaa Dzikrika Wa Syukrika Wa Husni 'Ibaadatika )

Apabila laungan takbir tak mampu lagi mengetuk pintu hati dan kalam Ilahi tak bisa melembutkannya, zikrullah tak terasa manisnya dan hidup tak terasa bersamaNya, pasti ada terselit dosa yang terang mahupun sembunyi.

Wahai manusia, yang aku pun termasuk di dalamnya, tinggalkanlah kemaksiatan, perbaikilah ibadahmu dan sabarlah dalam mengerjakannya. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan carilah jalan kembali. Untuk itu, kita perlu bermujahadah melawan hawa nafsu agar Allah memberikan jalan keluar.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."

(Al-'Ankabuut: 69)

"Syurga itu dihiasi dengan perkara-perkara yang dibenci sedangkan neraka dihiasi dengan hal-hal yang disukai."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Khamis, 24 Februari 2011

~ TAZKIRAH - SERUAN BUMI KEPADA MANUSIA


Wahai manusia, engkau berlari-lari di atas belakangku, tempat
kembalimu adalah di dalam perutku.

Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, engkau akan disiksa di
dalam perutku.

Engkau ketawa diatas belakangku, engkau akan menangis di dalam
perutku.

Engkau bergembira di atas belakangku, engkau akan bersedih di dalam
perutku.

Engkau mengumpulkan harta di atas belakangku, engkau akan menyesal
di dalam perutku

Engkau memakan yang haram diatas belakangku, engkau akan di makan
ulat-ulat di dalam perutku.

Engkau sombong di atas belakangku, engkau akan menjadi hina di
dalam perutku.

Engkau berjalan dalam keadaan sukacita di atas belakangku, engkau
akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

Engkau berjalan dalam cahaya yang terang diatas belakangku, engkau
akan jatuh ke tempat yang gelap di dalam perutku.

Engkau berjalan di khalayak ramai diatas belakangku, engkau akan
menjadi sendirian di dalam perutku.

- Anas bin Malik -