Asal Usul



Peta Kampung

ASAL USUL PERMULAAN NAMA KAMPUNG PELET...

Tersebut lah kisah bermula dari orang dulu – dulu kala permulaan nama sebuah kampung di daerah permatang pasir dan negerinya pulau pinang yg diberi nama Kampung Pelet. Alkisah nya bermula apabila cerita dulu – dulu kononnya kampung ini didatangi oleh orang siam untuk berniaga dan berkerja di sini. Maka mereka kemudiaan nya menetap di kampung ini. Oleh kerana pertuturan bahasa mereka ‘pelet’ siam, maka diberilah nama kampung ini KAMPUNG PELET….

ASAL USUL PERMULAAN KAMPUNG PETANI...

Bermulalah berita kehadiran orang – orang patani dari siam yang datang untuk bertani di sebuah kampung. Bertapaklah mereka di kampung ini sehingga beranak cucu.. Maka dengan itu digelarlah KAMPUNG PETANI hasil daripada nama tempat asal penduduk kampung tersebut…. Lokasi 7 km dari lebuhraya utara selatan dan mengambil simpang ke lebuhraya BKE. Mengikut susur keluar kubang semang menghala kearah pekan penanti.. 2 km seterusnya smpailah ke KAMPUNG PELET DAN KAMPUNG PETANI