Ahad, 12 Februari 2012

Beza 2 generasi Pemimpin [VIDEO INSIDE]







Penjualan Tanah Bayan Mutiara Dipertikai







video ketua pemuda Umno cabar Kerajaan Dap


UMNO Pulau Pinang hari ini meminta Ketua Menteri Lim Guan Eng memberi penjelasan secara terbuka mengenai isu penjualan tanah seluas 41.6 hektar kepada sebuah syarikat swasta dengan harga RM1.1 bilion.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, Guan Eng juga harus memberikan alasan kenapa tanah tebusguna yang luas itu tidak dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang merupakan pemilik tanah itu sendiri.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata, adalah menghairankan kenapa tanah itu dijual sedangkan PDC mempunyai kepakaran serta pengalaman dan telah menjalankan banyak projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Tanah yang dianggap sebagai bernilai amat tinggi di Bayan Mutiara adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

"Bagi pentadbiran yang mendakwa sebagai mesra rakyat, (adalah) menghairankan tidak ada perundingan awam untuk melibatkan pihak yang berkepentingan sebelum menjual tanah milik kerajaan itu," katanya.

Zainal Abidin berkata, kerajaan negeri juga seolah-olah terburu-buru membuat keputusan untuk menjual tanah itu tanpa membuat penilaian harga tanah untuk jangka panjang.

Jika tanah itu dimajukan secara berperingkat, beliau berkata harganya akan melambung sehingga RM10 bilion tetapi kerajaan telah membuat keputusan kurang bijak apabila menjualnya dengan harga RM1.1 bilion dan memberi keistimewaan kepada syarikat berkenaan untuk membayarnya secara berperingkat sehingga lima tahun.

Beliau berkata, kaedah jual-beli itu menguntungkan syarikat berkenaan kerana tanah itu akan dimajukan secara berperingkat dan pemaju hanya perlu membayar kepada kerajaan negeri secara berperingkat juga.

"Secara mudahnya, setelah mendapat duit daripada pembeli bangunan yang dimajukannya dan nilai hartanah itu pula akan terus meningkat," katanya.

Jumaat, 2 Disember 2011

Perhimpunan Agung Umno 2011 Wakil Pulau Pinang


Ucapan Perwakilan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir







Ucapan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin



Rabu, 30 November 2011

Tragedi Highland Tower 11 Disember 1993

Assalamualaikum

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.
















Demonstrasi di P.Pinang desak ADUN Komtar dipecat

Assalamualaikum



GEORGETOWN 30 Nov. — Seramai 300 orang daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menganjurkan satu demonstrasi bagi mendesak supaya Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Komtar, Ng Wei Aik daripada DAP, dipecat kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat.

Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Hotel Oriental bermula 12.30 tengah hari sebelum berhimpun di Komtar untuk menyerahkan memorandum itu kepada wakil kerajaan negeri.

Memorandum itu turut menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang supaya lebih fokus dalam menyelesaikan permasalahan rakyat dan bersikap rasional dalam setiap tindakan yang diambil.

Antara NGO yang terlibat adalah Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) dan Suara Anak-anak Malaysia.

Pengerusi Perkasa Daerah Timur Laut, Mohd. Rizuad Mohd Azudin kemudiannya menyerahkan memorandum itu kepada Pembantu Penerangan di Pejabat Ketua Menteri, Zuliana Aziz.

"Jika kerajaan DAP memerintah dengan adil kami tidak akan buat begini (demonstrasi). Sebagai Adun pula, Ng sepatutnya memelihara kepentingan rakyat bukannya menindas,” katanya.

Wei Aik, yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri, Lim Guan Eng, didakwa melemparkan kata-kata kesat terhadap dua mangsa kebakaran di Jalan Gurdwara di sini dalam kejadian 22 Nov. lepas selain pernah dikecam kerana bertindak kasar dalam satu operasi di sebuah restoran nasi kandar di Gat Lebuh Maccalum sebelum ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt. Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, sembilan orang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut. — Bernama

Sabtu, 26 November 2011

Adakah Harimau Kumbang Akan Terus Mengaum ??


Assalamualaikum

Mungkin ramai peminat Pasukan Harimau Kumbang belum mengetahui status pasukan kesayangan mereka di Liga Fam pada tahun 2012 yang telah pun di swastakan kepada satu kolej tempatan untuk menguruskan pasukan harimau kumbang bagi musim 2012/13 dalam Liga Fam..

Suntikkan dana sebanyak 4 juta kepada Pasukan yang akan di selia oleh Aucms sendiri dimana Fap hanya akan menguruskan pasukkan Piala Presiden bawah 23 tahun sahaja.. hal ini disebabkan masalah kewangan yang sering membelenggu pasukkan Harimau Kumbang ini.. Dimana tiada sokongan kewangan daripada Kerajaan 'Negeri' disebabkan kemelut dalaman antara FAP dan Kerajaan negeri yg dipimpin oleh Dap..

Kurangnya Profesional daripada Kerajaan Negeri amatlah mendukacitakan Penyokong Harimau Kumbang yang ingin melihat pasukan ini melaungkan ngauman nya di stadium keramat Stadium Bandarraya.. Malah amat jelik apabila kerajaan negeri ingin pula menubuhkan pasukkan baru iaitu PBA FC..


Kemanakah Haluannya pasukan2 daripada Negeri Pulau Pinang setelah kewujudan USM FC, SDM PULAU PINANG, dan Kini PBA FC.. Adakah perkabaran baik atau sebaliknya??.. Jika diikutkan pengalaman bekas Couch Pulau Pinang Ahmad Yusuf sukar untuk memilih pemain jika terlalu banyak pasukan dibawah 1 negeri.. seperti yang telah berlaku satu ketika dahulu kepada pasukan2 dari lembah klang..

Walaubagaimana pun sesi pembentukkan pasukan ini dalam keadaan siap sedia apabila pemilihan pemain telah dibuat dan senarai akhir akan dikeluarkan sebelum 30 November 2011 yang mana tarikh tutup pendaftaran pemain pada 8 disember 2011..



Pasuka
n ini juga dikhabarkan hampir pasti mendapatkan khidmat bekas penyerang Nigeria, Kedah dan Terengganu PETER NIEKETEN untuk mengemudi cabaran Pulau Pinang dalam liga Fam.. malah di barisan penyerang juga gandingan Hasmawi Hassan dan Khalid Jamlus juga dicuba..

Pihak Aucms juga bakal menandatangani perjanjian persefahaman antara Aucms dan SMK GUAR PERAHU sebagai sekolah angkat dalam pembangunan bola sepak Remaja Pulau Pinang..

Di Akhir kata Semoga Penang Aucms akan terus melangkah maju bagi memartabatkan Pasukan Bolasepak di Pulau Pinang.. amin..

Salam Maal Hijrah 1433H


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Helaian cebisan kenangan 1432 H sudah menjadi lipatan sejarah. Kini, 1433 H tiba dengan kisah baru yang penuh mencabar. Moga segala amalan kita ditahun lalu diterima oleh Allah dan diganjari dengan sebaik-baik balasan, disamping kita bermuhasabah dengan setiap kekurangan pada amalan dan tindakan kita. Saban tahun, ungkapan “Al-Hijrah” pasti mengingatkan kita kepada sirah yang paling agung dalam lembaran Islam. Namun, sejauh mana pengertian Hijrah, dan segala pengajaran serta manfaat daripada peristiwa tersebut menyerap sebati dalam diri kita? Adakah ungkapan keazaman hanya menjadi adat dan retorik di awal tahun sahaja?

Ayuh kita teliti sejenak, beberapa pengajaran yang boleh kita peroleh daripada peristiwa Hijrah yang boleh dijadikan bekalan untuk kita menempuh perjalan kehidupan kita selama setahun ini.

1) Keikhlasan. Peristiwa Hijrah mengingatkan kita tentang kepentingan keikhlasan dalam melaksanakan setiap pekerjaan dalam kehidupan kita. Hanya semata-mata mengharap keredhaan Allah.

“Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kita dapat saksikan objektif penghijrahan Rasulullah dan para sahabat cukup jelas. Mereka sanggup meninggalkan keluarga,anak-anak,harta-harta dan kesenangan mereka di belakang demi mengejar satu cita-cita yang lebih besar untuk Islam. Mereka membebaskan diri mereka daripada keterikatan kepada nilai kebendaan dan materialistik yang bersifat sementara demi mengejar ganjaran Ilahi. Mereka mendahulukan urusan akidah daripada segalanya.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik ”

(At-Taubah, 24)

2) Pengorbanan dan perjuangan. Telitilah perjuangan kaum Muhajirin sebelum Hijrah, mereka tergolong dalam golongan yang hebat diuji agamanya, disiksa dan dicengkam Musyrikin Quraisy. Hanya untuk mempertahankan Islam. Mereka kemudiannya berhijrah, membuat satu pengorbanan yang sangat besar, meninggalkan kampung halaman mereka buat sementara untuk membangunkan tapak kepada sebuah ketamadunan Islam sebagai satu strategi untuk meluaskan dakwah Islam. Dan,jangan pula kita menafikan pengorbanan kaum Ansar, yang sanggup mengorbankan segala-galanya untuk membantu dan meringankan bebanan sahabat kaum Muhajirin.

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman jiwa dan harta benda mereka dengan (balasan) mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”

3) Ukhuwwah. Peristiwa hijrah juga menunjukkan kepada kita tentang kepentingan nilai persaudaraan dan ukhuwwah sehinggakan menjangkau batas kekeluargaan. Melihat akan kepentingan ini,antara perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, ialah mempersaudarakan kaum muhajirin dan ansar. Nilai inilah sebenarnya yang menjamin kelangsungan dakwah, kekuatan umat dan menggerunkan musuh-musuh Islam. Kita juga dapat menyaksikan setinggi-tinggi nilai ukhuwwah dalam peristiwa hijrah ini,iaitu Al-Ithar (mengutamakan orang lain) menerusi tauladan yang ditunjukkan Kaum Ansar walaupun mereka baru sahaja bertemu dengan golongan Muhajirin.

“Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya”

(AlHasyr : 9)

4) Ikatan Rabbaniyah. Satu elemen yang sering dilupakan oleh kebanyakan orang ramai, setelah berusaha, ialah nilai tawakal. Mudah disebut, namun, hakikat pelaksanaannya sungguh sukar. Tawakal memerlukan hubungan yang erat dengan Allah. Sentiasa merasai kewujudan-Nya walau dimana jua kita berada. Lihatlah bagaimana Rasulullah menenangkan sahabat karib beliau, Saidina Abu Bakar ketika bersembunyi didalam Gua Thur, sedang musuh-musuh Islam sudah hampir menemui mereka. Peristiwa ini diungkapkan didalam Al-quran dan menjadi saksi bahawa Allah senantiasa berada di hati junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.

“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya.”

( Attaubah : 40)

Saudara saudari yang dirahmati Allah,

Melihat situasi terkini di Malaysia, sememangnya, masyarakat kini berhadpaan dengan satu suasana yang sangat membimbangkan. Pelbagai ancaman dicatur secara teliti oleh musuh-musuh Islam yang sememangnya tidak mahu melihat Islam tertegak diatas muka bumi. Mereka berusaha sehabis mungkin untuk menjauhkan keperibadian muslim dalam sosok peribadi orang islam, mereka ingin melemahkan pemahaman Islam di kalangan penganut agama Islam. Mereka tidak akan pernah rela akan tertegaknya tamadun Islam! Serangan-serangan arus pemikiran dan ideology yang merosak, hiburan-hiburan melampau, keinginan-keinginan peribadi yang hanya mengikut hawa nafsu, perpecahan umat dan bangsa, semuanya telah diatur dengan perancangan yang sangat rapi dan akhirnya kini, ia kian meresap sebati dalam masyarakat kita. Mereka seolah-olah sedang menonton plot-plot cerita yang sedang berjalan seperti yang dirancangkan.

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)”

(Al Baqarah : 120)

Oleh sebab itu, saudara saudari sekalian.

Keperibadian dan keutuhan jatidiri merupakan aspek yang penting dalam mengharungi cabaran dan kepincangan yang sedang melanda kita hari ini. Kita perlu hayati dengan sepenuh jiwa dan raga,segala intipati dan manfaat daripada peristiwa hijrah, yang sekurang-kurangnya mampu melindung kita daripada tersimpang jauh tersasar dari landasan kebenaran. Perkuatkan kefahaman aqidah dan agama kita, jauhi perkara-perkara yang menjadi perselisihan antara kita. Disinilah akan teruji nilai ukhuwwah sesama umat Islam. Terlalu banyak tugas kita dalam memberikan kesedaran untuk mengembalikan masyarakat ke landasan yang lurus. Kita tidak mempunyai banyak masa. Lakukan perubahan bermula dengan diri sendiri. Latihlah diri untuk melazimi segala tuntutan-tuntutan Allah dan Rasulnya. Hanya nilai taqwa yang akan membezakan neraca pandangan Allah terhadap hambanya.Cukuplah Allah bagi kita sebagai teman dalam perjuangan membangunkan umat ini.

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.


“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”

(Ar-Ra’ad : 11)