
Khamis, 24 Februari 2011
~ TAZKIRAH - SERUAN BUMI KEPADA MANUSIA

~ INFO SETEMPAT : BAYI DISELAMATKAN DARI DIJUAL
Bayi berkenaan yang kini berusia tiga bulan diselamatkan sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah (SPT) ketika berada dalam jagaan pasangan suami isteri berusia lingkungan antara 50 hingga 60 tahun pada 24 Januari lalu.Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat SPT, Mohamad Zarir Mohamad Khozali, berkata pasangan itu yang tidak mempunyai anak, gagal mengemukakan dokumen seperti sijil kelahiran serta dokumen kesihatan dan memberi maklumat tidak tepat mengenai bayi berkenaan.
- klik sini -
~ KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN KAMPUNG
Pembuat kueh mueh
Ramai pengusaha yang terlibat dalam pembuatan kueh mueh.. kueh mueh akan dijual di warung2 atau dijual dari satu kawasan ke satu kawasan dengan menggunakan motosikal..
Pengusaha Laksa
Terdpt pengusaha laksa yang terkenal terutamanya di Kampung Petani . laksa - laksa beras ini terkenal terutamanya di pulau pinang..
Kicap dan Sos Char Keow Teow
Sos Char Keow Teow Kampung Pelet digunakan oleh kebanyakan pengusaha Char Keow Teow di sekitar kawasan Bukit Mertajam.. terdapat juga kedai - kedai char keow teow yg kawasan kampung yg dimiliki orang kampung sendiri.. malahan ramai anak - anak muda mengiatkan perniagaan char keow teow di seluruh pulau pinang..
Jahitan
Ramai golongan wanita kampung teribat dengan aktiviti jahitan turut dijalankan kelas - kelas jahitan yg dikelola oleh pihak KEMAS
Kemudahan infrasktur
Terdpt infrastruktur seperti jalan kampung dan taliair yang mencukupi disamping bengkel Jahitan dan masakan yang dikelolakan oleh pihak KEMAS
Rabu, 23 Februari 2011
~ TAZKIRAH - DAHULUKAN ORANG ISLAM ATAU ORANG KAFIR PILIHAN KITA

Tiba-tiba datang seorang buta islam bernama Ibnu Ummi Maktum. Ia mendekati orang ramai yang berada di situ lalu berkata kepada Nabi:
"Ajarkan padaku ,ya Rasulullah apa yang diajarkan Allah kepada engkau."
Nabi tidak mengindahkannya. Rupanya baginda lebih mengharapkan tokoh-tokoh Quraisy itu dahulu sehingga tidak memberi perhatian kepada si buta tersebut. Kerana jika mereka masuk Islam, tentu ramai yang lain akan mengikutnya,demikian yang terfikirkan oleh Nabi ketika itu.
Sikap baginda itu tidak dibenarkan Allah. Allah s.a.w. dengan segera menegur kepada Nabi dengan menurunkan ayat dan menghendaki Nabi merubah sikap baginda.
Demikian ayat teguran Allah kepada Nabi yang di sebut dalam al-Quran, surah Abasa. Ayat ini telah menyedarkan Nabi dan baginda bertemu akan si buta itu dan Nabi s.a.w. ucapkan "marhaban biman atabani rabbi".
~ PULAU PINANG NEWS - MEMORANDUM UNTUK AGUNG
~ INFO BOLA SEPAK PULAU PINANG - ADA UDANG DI SEBALIK BATU

Apabila melihat Ds Zahrain menjemput PM untuk merasmikan penjenamaan FAP,Guan Eng melihat ia adalah satu ancaman kerana selama ini regim DAP tidak pernah membantu FAP,maka usaha menghalang PM dan menjatuhkan Zahrain menjadi keutamaan..... "
Isnin, 21 Februari 2011
~ OBJEKTIF DAN TINDAKAN PEMBANGUNAN KAMPUNG

Bil | Objektif | Tindakan |
1 | Menjadi masyarakat sihat dan produktif | Mengadakan program kesihatan seperti pameran dan pemeriksaan kesihatan. Mengadakan aktiviti kecerdasan dan sukan seperti senaman kesihatan dan pertandingan bola sepak /sepak takraw. Mengadakan kelas masakan dan jahitan untuk golongan wanita |
2 | Memastikan kampong sentiasa bersih, indah dan ceria | Mengadakan kempen dan kesedaran kebersihan. Mengadakan gotong-royong membersih dan menanam pokok-pokok di kawasan tempat-tempat awam seperti kawasan kubur, masjid, sekolah dan jalan-jalan kampung. |
3 | Melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan berilmu | Memngadakan pendidikan awal kanak-kanak seawal 4 tahun. Mengadakan pendidikan agama melalui kelas agama dan Al-Quran. Memberikan hadiah galakkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang pendidikan |
4 | Memupuk semangat kerjasama di kalangan penduduk | Mengadakan aktiviti goyong-royong dalam setiap program yang dianjurkan. |
5 | Membentuk modal insan yang berasaskan Al-Quran dan As-Sunah | Mengadakan kelas Al-Quran/ceramah agama/ Motivasi/Khemah ibadat Menyambut hari kebesaran bulan Islam |
~ INFO SUKAN - KELAYAKAN OLIMPIK 2012

KHAIRUL FAHMI CHE MAT
AHMAD SHAKIR ALI
FAIZAL ABU BAKAR
AHMAD FAKRI SHAARANI
K. GURUSAMY GOVANDAR
MAHALI JASULI
MOHAMAD MUSLIM AHMAD
MOHD AFFIZE FAIZAL
MOHD FAIZAL MUHAMAD
S. SIVANESAN
MOHD IRFAN FAZAIL
WAN ZACK HAIKAL
WAN ZAHARULNIZAM
MOHD IZHAM TARMIZI
MOHAMMAD FADHLI SHAS
GARY STEVEN ROBBAT
MOHD FANDI OTHMAN
MOHD FERRIS DANIEL
Ahad, 20 Februari 2011
~ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KAMPUNG

(Al-Hujurat : 10)
~ TAZKIRAH - AIR MATA SEORANG NABI KERANA UMATNYA

~ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

