Khamis, 24 Februari 2011

~ TAZKIRAH - SERUAN BUMI KEPADA MANUSIA


Wahai manusia, engkau berlari-lari di atas belakangku, tempat
kembalimu adalah di dalam perutku.

Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, engkau akan disiksa di
dalam perutku.

Engkau ketawa diatas belakangku, engkau akan menangis di dalam
perutku.

Engkau bergembira di atas belakangku, engkau akan bersedih di dalam
perutku.

Engkau mengumpulkan harta di atas belakangku, engkau akan menyesal
di dalam perutku

Engkau memakan yang haram diatas belakangku, engkau akan di makan
ulat-ulat di dalam perutku.

Engkau sombong di atas belakangku, engkau akan menjadi hina di
dalam perutku.

Engkau berjalan dalam keadaan sukacita di atas belakangku, engkau
akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

Engkau berjalan dalam cahaya yang terang diatas belakangku, engkau
akan jatuh ke tempat yang gelap di dalam perutku.

Engkau berjalan di khalayak ramai diatas belakangku, engkau akan
menjadi sendirian di dalam perutku.

- Anas bin Malik -

~ INFO SETEMPAT : BAYI DISELAMATKAN DARI DIJUAL

 PEMBANTU Kebajikan Masyarakat Seberang Prai Tengah, Moliza Ismail memangku bayi yang diselamatkan sambil diperhatikan   Mohamad Zarir  di Pejabat JKM, Bukit Mertajam, semalam.

PEMBANTU Kebajikan Masyarakat Seberang Prai Tengah, Moliza Ismail memangku bayi yang diselamatkan sambil diperhatikan Mohamad Zarir di Pejabat JKM, Bukit Mertajam, semalam.


BUKIT MERTAJAM: Seorang bayi perempuan berusia dua bulan berjaya diselamatkan daripada sindiket pemerdagangan manusia dalam satu serbuan di sebuah rumah di Alma, di sini, bulan lalu.

Bayi berkenaan yang kini berusia tiga bulan diselamatkan sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah (SPT) ketika berada dalam jagaan pasangan suami isteri berusia lingkungan antara 50 hingga 60 tahun pada 24 Januari lalu.
Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat SPT, Mohamad Zarir Mohamad Khozali, berkata pasangan itu yang tidak mempunyai anak, gagal mengemukakan dokumen seperti sijil kelahiran serta dokumen kesihatan dan memberi maklumat tidak tepat mengenai bayi berkenaan.

sumber berita harian
- klik sini -

~ KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN KAMPUNG


Pembuat kueh mueh

Ramai pengusaha yang terlibat dalam pembuatan kueh mueh.. kueh mueh akan dijual di warung2 atau dijual dari satu kawasan ke satu kawasan dengan menggunakan motosikal..


Pengusaha Laksa

Terdpt pengusaha laksa yang terkenal terutamanya di Kampung Petani . laksa - laksa beras ini terkenal terutamanya di pulau pinang..


Kicap dan Sos Char Keow Teow

Sos Char Keow Teow Kampung Pelet digunakan oleh kebanyakan pengusaha Char Keow Teow di sekitar kawasan Bukit Mertajam.. terdapat juga kedai - kedai char keow teow yg kawasan kampung yg dimiliki orang kampung sendiri.. malahan ramai anak - anak muda mengiatkan perniagaan char keow teow di seluruh pulau pinang..


Jahitan

Ramai golongan wanita kampung teribat dengan aktiviti jahitan turut dijalankan kelas - kelas jahitan yg dikelola oleh pihak KEMAS


Kemudahan infrasktur

Terdpt infrastruktur seperti jalan kampung dan taliair yang mencukupi disamping bengkel Jahitan dan masakan yang dikelolakan oleh pihak KEMAS




SUMBER JKKKP KAMPUNG PELET DAN KAMPUNG PETANI

Rabu, 23 Februari 2011

~ TAZKIRAH - DAHULUKAN ORANG ISLAM ATAU ORANG KAFIR PILIHAN KITA


satu peristiwa yang berlaku ketika Nabi masih berada di Mekah dan dakwah Islam baginda menerima gangguan terus-menerus. Nabi Muhammad s.a.w. sedang melakukan dakwah kepada beberapa tokoh-tokoh Quraisy agar mereka memeluk Islam di antaranya adalah Abu Jahal dan Atabah bin Rabi`ah; pemuka golongan Musyrik.

Tiba-tiba datang seorang buta islam bernama Ibnu Ummi Maktum. Ia mendekati orang ramai yang berada di situ lalu berkata kepada Nabi:

"Ajarkan padaku ,ya Rasulullah apa yang diajarkan Allah kepada engkau."

Nabi tidak mengindahkannya. Rupanya baginda lebih mengharapkan tokoh-tokoh Quraisy itu dahulu sehingga tidak memberi perhatian kepada si buta tersebut. Kerana jika mereka masuk Islam, tentu ramai yang lain akan mengikutnya,demikian yang terfikirkan oleh Nabi ketika itu.


Sikap baginda itu tidak dibenarkan Allah. Allah s.a.w. dengan segera menegur kepada Nabi dengan menurunkan ayat dan menghendaki Nabi merubah sikap baginda.

"(Muhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana orang buta datang kepadanya. Barangkali, siapa tahu, beliau ingin membersihkan jiwanya. Atau ingin mendapat pelajaran bermanfaat (untuk dirinya). Adapun orang yang merasa dirinya kaya itu, engkau datang menghadapinya.Tidak ada (celaan) pada engkau bila beliau tidak membersihkan jiwanya. Orang yang datang pada engkau dengan kesanggupan usahanya,sedang beliau takut pada Allah, maka engkau tidak mempedulikannya. Sekali-kali tidak(begitu hendaknya)! Sesungguhnya (ajaran-ajaran Allah) itu adalah suatu peringatan."

Demikian ayat teguran Allah kepada Nabi yang di sebut dalam al-Quran, surah Abasa. Ayat ini telah menyedarkan Nabi dan baginda bertemu akan si buta itu dan Nabi s.a.w. ucapkan "marhaban biman atabani rabbi".

~ PULAU PINANG NEWS - MEMORANDUM UNTUK AGUNG


".....Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia hari ini menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin merayu campur tangan dalam isu penubuhan portfolio baru oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menjaga hal ehwal bukan Islam di negeri ini..... "

keterangan lanjut

- klik sini -

~ INFO BOLA SEPAK PULAU PINANG - ADA UDANG DI SEBALIK BATU



kekalahan untuk kali ke 3 berturut - turut membuatkan pasukan bolasepak pulau pinang menghuni dasar liga perdana.. dibolosi dengan 11 gol dan hanya menjaringkan 2 gol.. pasukan harimau kumbang juga gagal ke pusingan piala fa kerana dikalahkan pasukan johor dengan jaringan besar 5 - 1

sumber berkata

" .... Ds Zahrain berusaha untuk menaikkan imej FAP yang dilihat amat teruk kebelakangan ini.Beliau merancang untuk mengadakan majlis makan malam bersama PM yang juga akan merasmikan majlis penjenamaan FAP pada 2/4/2011 di Hotel Equeltorial nanti.

Apabila melihat Ds Zahrain menjemput PM untuk merasmikan penjenamaan FAP,Guan Eng melihat ia adalah satu ancaman kerana selama ini regim DAP tidak pernah membantu FAP,maka usaha menghalang PM dan menjatuhkan Zahrain menjadi keutamaan..... "

sumber pisau.net
untuk keterangan lanjut

- klik sini -

Isnin, 21 Februari 2011

~ OBJEKTIF DAN TINDAKAN PEMBANGUNAN KAMPUNG


Bil

Objektif

Tindakan

1

Menjadi masyarakat sihat dan produktif

Mengadakan program kesihatan seperti pameran dan pemeriksaan kesihatan.

Mengadakan aktiviti kecerdasan dan sukan seperti senaman kesihatan dan pertandingan bola sepak /sepak takraw.

Mengadakan kelas masakan dan jahitan untuk golongan wanita

2

Memastikan kampong sentiasa bersih, indah dan ceria

Mengadakan kempen dan kesedaran kebersihan.

Mengadakan gotong-royong membersih dan menanam pokok-pokok di kawasan tempat-tempat awam seperti kawasan kubur, masjid, sekolah dan jalan-jalan kampung.

3

Melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan berilmu

Memngadakan pendidikan awal kanak-kanak seawal 4 tahun.

Mengadakan pendidikan agama melalui kelas agama dan Al-Quran.

Memberikan hadiah galakkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang pendidikan

4

Memupuk semangat kerjasama di kalangan penduduk

Mengadakan aktiviti goyong-royong dalam setiap program yang dianjurkan.

5

Membentuk modal insan yang berasaskan Al-Quran dan As-Sunah

Mengadakan kelas Al-Quran/ceramah agama/

Motivasi/Khemah ibadat

Menyambut hari kebesaran bulan Islam

~ INFO SUKAN - KELAYAKAN OLIMPIK 2012


Senarai akhir 18 pemain Olimpik yang akan bertemu Pakistan

KHAIRUL FAHMI CHE MAT
AHMAD SHAKIR ALI
FAIZAL ABU BAKAR
AHMAD FAKRI SHAARANI
K. GURUSAMY GOVANDAR
MAHALI JASULI
MOHAMAD MUSLIM AHMAD
MOHD AFFIZE FAIZAL
MOHD FAIZAL MUHAMAD
S. SIVANESAN
MOHD IRFAN FAZAIL
WAN ZACK HAIKAL
WAN ZAHARULNIZAM
MOHD IZHAM TARMIZI
MOHAMMAD FADHLI SHAS
GARY STEVEN ROBBAT
MOHD FANDI OTHMAN
MOHD FERRIS DANIEL

Ahad, 20 Februari 2011

~ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KAMPUNG


“Sesungguhnya orang-orang mu’min itu bersaudara kerena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah SWT supaya kamu mendapat rahmat.”
(Al-Hujurat : 10)

Para tetamu disajikan dengan pelbagai hidangan hasil daripada aktiviti gotong royong penduduk kampung yang terlibat..

Pemeriksaan kesihatan daripada agensi kesihatan.. pengunjung akan diberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma

Aktiviti mewarna dan menulis khat bagi kanak - kanak tadika dan sekolah agama tarbiah.. turut terlibat ialah para tetamu undangan dari seluruh kampung..

aktiviti marhaban yang dijalankan oleh penduduk kampung..

ceramah agama oleh:-

DR. USTAZ NAZMI BIN DESA
PENSYARAH IPTB MENGKUANG..

sekalung penghargaan dan terima kasih kerana menjayakan sambutan maulidur rasul peringkat kampung ini..

kuning emas masaknya padi
mawar merah dalam jambangan
terima kasih daun keladi
budi tuan jadi kenangan

akar keladi melilit selasih
selasih tumbuh di hujung taman
kalungan budi junjungan kasih
mesra kenangan sepanjang zaman


~ TAZKIRAH - AIR MATA SEORANG NABI KERANA UMATNYA


Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah..

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua
sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun darimimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yan g ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

"Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku
melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang
menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,
dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.

Dialah malakul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"

Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril
lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wabaarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Amin....

~ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL



"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekalian sesat selagi mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi"